Friday, October 24, 2008

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI 200820 Okt 2008 Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Persatuan Pelajar Jabatan (JPPPKB,PPKE,PPKA,PPP,PPKM & Kelab Moral)serta PKPKB telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Raya 1429H. Seramai hampir 6000 tetamu termasuk kakitangan PKB, pelajar dan jemputan dari Jabatan Kerajaan serta pemimpin dan masyarakat tempatan telah memeriahkan sambutan berbanding tahun sebelum ini.Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Che Ku Mamat B. Che Ku Abdullah Pengarah PKB. Pelajar serta kakitangan telah bergotong-royong menyediakan pelbagai juadah termasuk lemang, rendang, roti jala, mee, laksa, satay, roti puri, nasi dagang dan pelbagai lagi juadah hari raya.Majlis turut di meriahkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar.Program sebegini mampu melahirkan hubungan ukhwah di kalangan pelajar dan kakitangan daripada pelbagai kaum.

No comments: